Minggu, 09 Maret 2008

Mengenai Sihir diobati

Orang yang terkena sihir sedang diuji Allah, yang boleh diikhtiarkan kesembuhannya melalui amalan yang diluluskan syarak iaitu seperti menggunakan ikhtiar rawatan dengan bacaan doa yang ma’thur.
Disebut dalam hadis-hadis sahih, iaitu menggunakan daun bidara, ditumbuk dalam batu, dimasukkan ke dalam air, dan didoakan dengan doa-doa daripada ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis Nabi, untuk diminum airnya dan dimandikan pesakit. ini merupakan salah satu dan cara pengubatan.
Khusus kepada soalan yang dibangkitkan, iaitu diubati atau diatasi penyakit dengan amalan sihir, pada saya seperti yang dijelaskan sebelum ini sihir merupakan amalan yang ditegah dan diharamkan Islam kerana ia membawa kepada syirik.

Menggunakan sihir untuk mengubati sihir diistilahkan dalam syarak, dalam Islam sebagai annusyrah yang bermakna mengubati sihir dengan sihir. Dalam hadis riwayat Abu Daud, Rasulullah s.a.w. ditanya hukum annusyrah”, maka Nabi menjawab bahawa ia perbuatan syaitan. Ertinya Nabi melarang pengubatan cara sihir dilakukan.

Hendaklah difikirkan cara lain selain menggunakan khidmat ahli sihir. Jika kita mengetahui orang tersebut ahli sihir dan menggunakan khidmatnya, bermakna kita bersubahat dengan ilmu yang dilarang oleh Islam.

Penggunaan kaedah ini dalam banyak hal menjerumuskan seseo­rang kepada tunjuk ajar ahli sihir. Contohnya, berlaku dalam masyarakat apabila ada yang meminta menyembelih seekor ayam atau seekor kambing, menggunakan darah untuk mengubati sesuatu penyakit. Perbuatan seperti ini, menyembelih binatang kerana syaitan atau kerana sihir, ia tidak menjadi ibadat disebabkan ia bukan kerana Allah. Jika ini berlaku, ini adalah syirik

Menghindarkan diri dari sesuatu yang tidak diingini diistilahkan sebagai al-wiqaayah. Al-wiqaayah adalah suatu yang dituntut Islam, malah dalam penggunaan kata-kata yang terkenal, menjaga diri sebelum berlaku sesuatu yang tidak diingini seperti penyakit, adalah lebih baik daripada mengubati penyakit itu jika terkena.

Dalam Islam, banyak disarankan ikhtiar kepada manusia untuk menghindarkan diri dan sihir, setidak-tidaknya yang senang kita fahami, ada surah di dalam al-Quranul karim yang selalu digunakan oleh ramai masyarakat kita sebagai ayat pelindung yang dipanggil dengan istilah al-Muawwizat, tiga surah terakhir dalam al-Quran iaitu Surah al­-Ikhlas, Surah al-Falaq dan Surah an-Naas. Kita dianjurkan mengamal­kannya sebagai satu perlindungan bagi menghindarkan diri daripada sihir dan banyak lagi ayat-ayat lain seperti ayatul kursi.

Boleh juga ikhtiar untuk menghindari dari syaitan, sihir dan niat jahat manusia, iaitu sentiasa mendampingi Allah SWT dengan menghias diri melakukan amal kebajikan serta menghindar diri daripada kemaksiatan. Zikir kepada Allah, berdoa kepada Allah supaya kita dijauhkan daripada perkara yang dibimbangi kena kepada kita.

Jalan untuk menghindarkan diri daripada sihir dengan al­-wiqaayah lebih berkesan. Jangan dekati sesuatu perkara yang boleh menghindarkan diri daripada sihir, kerana jika sudah terkena, ada kesukaran untuk mengha­langkannya. Semakin lama penyakit

tersebut dalam diri manusia, ia semakin susah untuk dirawati.

Oleh kerana penyakit yang disebutkan sihir ini berlaku di alam rohani, yang sebab-sebabnya tersembunyi atau tabiat sihir yang terselindung, maka sukar diketahui cara pengubatannya dengan mudah. Kebanyakan sihir dilakukan secara tersembunyi, khususnya pada waktu malam

Ikhtiarnya adalah terbuka seperti menggunakan ayat-ayat untuk menentang sihir yang telah saya sebutkan. Banyak ayat dalam al-Quran menyentuh tentang berlaku sihir dalam alam manusia. Yang jelas ketara bahawa apabila sihir berlaku pads zaman Nabi Allah Musa a.s., baginda meng­hadapi sihir dengan kekuatan jiwa dan menggunakan kaedah bantuan Allah sehingga ahli-ahli sihir kecundang, menyerah kalah dan beriman kepada Nabi Musa.

Ulama muktabar menyaran­kan dalam kitab meneka untuk kita membaca, 10 ayat dalam

Surah al-Baqarah iaitu ayat 1 hingga 5, ayat 255, 256 & 257, dan tiga ayat terakhir, 284, 285 & 286.

Ada juga ulama yang menya­rankan kita membaca Surah al-Fatihah, ayat 255 Surah al­Baqarah, ayat 117 dan 119 Surah al-A’raaf, 79 dan 82 Surah Yunus, ayat 65 hingga 69 Surah Thaha, ayat 82 dan 83 Surah Yunus, ayat 118 Surah al-A’raaf dan ayat 70 Surah Thaha.

Disarankan ayat-ayat ini dibaca oleh orang yang terkena sihir ataupun orang yang hendak mengubati penyakit akibat sihir dengan memohon perlindungan daripada Allah SWT.

Tidak ada komentar: