Orang yang terkena sihir sedang diuji Allah, yang boleh diikhtiarkan kesembuhannya melalui amalan yang diluluskan syarak iaitu seperti menggunakan ikhtiar rawatan dengan bacaan doa yang ma’thur.
Hendaklah difikirkan cara lain selain menggunakan khidmat ahli sihir. Jika kita mengetahui orang tersebut ahli sihir dan menggunakan khidmatnya, bermakna kita bersubahat dengan ilmu yang dilarang oleh Islam.
Penggunaan kaedah ini dalam banyak hal menjerumuskan seseorang kepada tunjuk ajar ahli sihir. Contohnya, berlaku dalam masyarakat apabila ada yang meminta menyembelih seekor ayam atau seekor kambing, menggunakan darah untuk mengubati sesuatu penyakit. Perbuatan seperti ini, menyembelih binatang kerana syaitan atau kerana sihir, ia tidak menjadi ibadat disebabkan ia bukan kerana Allah. Jika ini berlaku, ini adalah syirik
Dalam Islam, banyak disarankan ikhtiar kepada manusia untuk menghindarkan diri dan sihir, setidak-tidaknya yang senang kita fahami, ada surah di dalam al-Quranul karim yang selalu digunakan oleh ramai masyarakat kita sebagai ayat pelindung yang dipanggil dengan istilah al-Muawwizat, tiga surah terakhir dalam al-Quran iaitu Surah al-Ikhlas, Surah al-Falaq dan Surah an-Naas. Kita dianjurkan mengamalkannya sebagai satu perlindungan bagi menghindarkan diri daripada sihir dan banyak lagi ayat-ayat lain seperti ayatul kursi.
Boleh juga ikhtiar untuk menghindari dari syaitan, sihir dan niat jahat manusia, iaitu sentiasa mendampingi Allah SWT dengan menghias diri melakukan amal kebajikan serta menghindar diri daripada kemaksiatan. Zikir kepada Allah, berdoa kepada Allah supaya kita dijauhkan daripada perkara yang dibimbangi kena kepada kita.
Jalan untuk menghindarkan diri daripada sihir dengan al-wiqaayah lebih berkesan. Jangan dekati sesuatu perkara yang boleh menghindarkan diri daripada sihir, kerana jika sudah terkena, ada kesukaran untuk menghalangkannya. Semakin lama penyakit
tersebut dalam diri manusia, ia semakin susah untuk dirawati.
Oleh kerana penyakit yang disebutkan sihir ini berlaku di alam rohani, yang sebab-sebabnya tersembunyi atau tabiat sihir yang terselindung, maka sukar diketahui cara pengubatannya dengan mudah. Kebanyakan sihir dilakukan secara tersembunyi, khususnya pada waktu malam
Ikhtiarnya adalah terbuka seperti menggunakan ayat-ayat untuk menentang sihir yang telah saya sebutkan. Banyak ayat dalam al-Quran menyentuh tentang berlaku sihir dalam alam manusia. Yang jelas ketara bahawa apabila sihir berlaku pads zaman Nabi Allah Musa a.s., baginda menghadapi sihir dengan kekuatan jiwa dan menggunakan kaedah bantuan Allah sehingga ahli-ahli sihir kecundang, menyerah kalah dan beriman kepada Nabi Musa.
Ulama muktabar menyarankan dalam kitab meneka untuk kita membaca, 10 ayat dalam
Surah al-Baqarah iaitu ayat 1 hingga 5, ayat 255, 256 & 257, dan tiga ayat terakhir, 284, 285 & 286.
Ada juga ulama yang menyarankan kita membaca Surah al-Fatihah, ayat 255 Surah alBaqarah, ayat 117 dan 119 Surah al-A’raaf, 79 dan 82 Surah Yunus, ayat 65 hingga 69 Surah Thaha, ayat 82 dan 83 Surah Yunus, ayat 118 Surah al-A’raaf dan ayat 70 Surah Thaha.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar